BACKGROUND

BACKGROUND

Sunday 1 March 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

alhamdullilah setelah berlakunya banjir besar baru2 ni, perniagaan kami masih utuh sehingga ke hari ini. Agak sedih jugak melihat sebahagian sangkar ada yang koyak dan rangka sangkar ada yang patah. Tapi nak buat macam mana ini sume dah ketentuan nya kita hanya redha dengan ape segala dugaan.


Kali ni perniagaan ikan patin dan talapia akan lebih banyak kerana kami telah menambah sangkar sebanyak 3 sangkar, sekira nya kalian ingin membeli ikan patin atau talapia boleh dapatkan disini dengan harga yang sangat berpatutan. Dan tidak lupa jugak telur itik kami, walaupun ketika banjir melanda banyak itik telah hilang tapi dengan kuasa tuhan dengan baki itik yang sedikit dapat meghasilkan telur yang lebih banyak berbanding sebelum ini, dan telur pun semakin besar size nya. Kalau dah telur size besar, harga pun besar la ye hehehe . Tidak mengapa sekira nya ada pelanggan yang ingin belikan telur itik atau telur masin dalam kuantiti yang banyak kami boleh memberi harga yang lebih berpatutan.

Details harga ikan patin dan talapia

ikan patin sekilo = rm 15
ikan talapia sekilo = rm 15
telur itik sesarang = rm 15
telur masin satu balang kecil kuantiti 15 biji = rm 10
telur masin satu balang besar kuantiti 20 biji = rm 15

kalau nak harga lebih murah boleh la telefon di nombor 012-9815025 hj hasan atau pun 017-9777137 cik mahfuzah

sekian terima kasih